Monday, 25 April 2011

PETUA UNTUK MENYEGARKAN DAN MENYIHATKAN MATA

Lekapkan dua uncang teh yang sudah digunakan pada kedua-dua belah mata selama lima minit. Amalkan selalu supaya mata sentiasa segar dan bersinar. Lekapkan hirisan timun segar pada kedua-dua belah mata. Biarkan selama beberapa minit sambil anda berbaring. Keluarkan lendir beberapa batang daun lidah buaya. Sapukan pada kedua-dua kelopak mata dan pejamkan mata kira-kira setengah jam. Selepas itu, cucilah kelopak mata anda.

No comments:

Post a Comment