PERLEMBAGAAN PERSATUAN -Pptuj-



UNDANG-UNDANG BAGI
PERSATUAN PENDUDUK TAMAN USAHA JAYA
KEPONG, SELANGOR DARUL EHSAN



FASAL 1        :           NAMA
                                   
Persatuan ini dikenali dengan mana
                                    PERSATUAN PENDUDUK TAMAN USAHA JAYA,
                                    KEPONG, SELANGOR DARUL EHSAN

                                    Yang selepas ini disebut PERSATUAN.


FASAL 2        :           TEMPAT URUSAN

                                   
Alamat dan tempat urusan rasmi persatuan ini ialah

                                    No. 23, Jalan 5, Taman Usaha Jaya
                                    52100 Kepong, Selangor Darul Ehsan.

1.            Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat persatuan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.


FASAL 3        :           LAMBANG

               Makna lambang:

1.    Rumah yang berwarna kuning dan dikelilingi merah bermaksud Perumahan di Taman Usaha Jaya (TUJ).

2.      Tiga orang bermaksud muafakatan berbilang kaum iaitu Melayu, Cina dan India.

3.         Pokok melambangkan taman yang bersih dan indah.

4.        Maksud jiran sepakat hormoni, selamat menunjukan kemuafakatan masyarakat yang harmoni dan keselamatan penduduk terjamin.


 FASAL 4       :           TUJUAN / MATLAMAT


1.            Mentadbir dan menyelenggara kawasan Taman Usaha Jaya supaya ianya menjadi suatu tempat kediaman yang selamat, hormoni, bersih dan indah.

2.            Menganjur aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk mengeratkan hubungan antara ahli dengan penduduk setempat.

3.            Mencegah dan membenteras kegiatan yang tidak sihat seperti maksiat, gejala sosial dan lain-lain kegiatan yang menyalahi undang-undang negara.

4.            Membantu kebajikan ahli-ahli persatuan.

5.            Bekerjasama dan membantu bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan  di antara ahli dengan pihak berkuasa yang berkenaan.


FASAL 5        :           KEAHLIAN


1.            Keahlian persatuan ini adalah terbuka kepada semua penduduk yang tinggal di Taman Usaha Jaya yang berumur 18 tahun ke atas dan warganegara Malaysia.

2.              Tiap-tiap permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli dan dihantar kepada setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan dengan secepat mungkin kepada jawatankuasa untuk diluluskan.  Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya untuk menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab.

3.            Tiap-tiap permohonan yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas hendaklah membayar yuran kemasukan dan yuran tahunan pertama seperti yang telah ditetapkan dan diterima menjadi ahli persatuan dan haknya sebagai ahli.

4.            Pelajar universiti atau kolej tidak boleh diterima menjadi ahli persatuan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis dari Naib Canselor Universiti berkenaan.


FASAL 6        :           BAYARAN MASUK, YURAN DAN LAIN-LAIN



1.            Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari seperti yang berikut:

Bayaran masuk        -           RM 10.00 sahaja sekelauarga.
Yuran Tahunan       -           RM 5.00 bagi setiap sekeluarga

2.            Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari sebelum 31hb. Januari pada setiap tahun.

3.            Ahli yang tidak membayar yuran tahunannya selepas 31hb. Januari akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha dan hilang hak-hak istimewa sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.

4.            Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi 2 tahun atau lebih dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli persatuan dan jawatankuasa boleh memerintah supaya tindakan yang sah dapat diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan terlebih dahulu.

5.            Jawatankuasa mempunyai kuasa yang menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahlian terlucut disebabkan hutang.

6.            Yuran khas ataupun kutipan wang dari ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli.  Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, maka wang itu dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.









FASAL 7        :           PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI



1.            Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli persatuan hendaklah memberi kenyataan bertulis 1 bulan terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.

2.            Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang persatuan atau dengan cara yang akan mencemarkan nama baik persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi satu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh jawatankuasa sebelum jawatankuasa memecat atau menggantungkannya secara bertulis.  Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela diri.  Pemecatan atau penggantungannya itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat di atas rayuan oleh ahli tersebut.

3.            Ahli yang telah dikenakan hukuman penjara lebih dari 2 tahun secara automatik tidak layak untuk menjadi ahli persatuan lagi.


FASAL 8        :           MESYUARAT AGUNG


1.            Mesyuarat Agung Persatuan hendaklah diadakan setiap tahun sekali tetapi pegawai persatuan hendaklah dibuat setiap 3  tahun sekali.

2.            Pengelolaan persatuan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli jawatankuasa mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupkan korum untuk bermesyuarat.

3.            Jika korum tidak cukup selepas setengah jam dalam waktu yang telah ditetapkan dalam bermesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh (tidak melebihi dari 30 hari) yang ditetapkan oleh jawatankuasa dan jika tidak mencukupi korum selepas setengah jam dari waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang telah ditangguh, maka dengan itu berkuasalah ahli-ahli yang hadir meneruskan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa untuk meminda undang-undang persatuan dan membuat keputusan yang melibatkan semua ahli.

4.            Mesyuarat agung bagi persatuan hendaklah dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb. Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung Tahunan ialah:



a)            Menerima Laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan persatuan didalam tahun yang lalu,

b)            Menerima Laporan Bendahari dalam Penyata Kewangan yang telah diauditkan bagi tahun yang lalu,

c)            Memilih Ahli-ahli Jawatankuasa dan Pemeriksa Kira-Kira untuk tempoh  3  tahun,

d)            Menguruskan perkara-perkara yang dibentangkan didalam mesyuarat itu.

5.            Setiausaha hendaklah menghantar notis mesyuarat kepada setiap ahli sekurang-kurangnya 7 hari sebelum mesyuarat agung diadakan.  Satu Agenda Mesyuarat dan Laporan serta Penyata Kira-Kira persatuan bagi tahun lalu yang telah diauditkan berserta surat-surat hendaklah dibekalkan salinan untuk dibaca oleh ahli-ahli dialamat tempat untuk urusan persatuan.


6.            Mesyuarat agung khas persatuan ini boleh diadakan:


a)            apabila difikirkan mustahak oleh jawatankuasa atau,

b)            atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis tidak kurang daripada satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya, permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Persatuan.


7.            Mesyuarat agung khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh didalam tempoh dari tempoh penerima permintaan mesyuarat itu.


8.            Pengumuman dan agenda mesyuarat agung khas itu hendaklah diedarkan kepada setiausaha dan semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan dalam mesyuarat.


9.            Fasal 8(1) dan 8(2) didalam undang-undang yang berkenaan korum dan penangguhan mesyuarat agung tahunan boleh digunakan untuk mesyuarat agung khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi mesyuarat agung khas atas permintaan ahli-ahli maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, mesyuarat agung khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.


10.         Setiausaha hendaklah menghantar kepada setiap ahli satu salinan deraf peringatan tiap-tiap mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung khas dengan seberapa yang boleh setelah selesaikan mesyuarat ini.


FASAL 9        :           JAWATANKUASA


1.            Satu jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Persatuan hendaklah dipilih didalam Mesyuarat Agung Tahunan:


Seorang Pengerusi
Seorang  Timbalan  Pengerusi  ( 1 )
Seorang Timbalan Pengerusi   ( 11 )
12 orang Ahli Jawatankuasa Biasa
2 orang Pemeriksa Kira-Kira.
                       
2.         Bagi jawatan Setiausaha, penolong setiausaha dan bendahari adalah  kuasa lantikan diberi kepada pengerusi.

3.         Pemegang-pemegang jawatan dalam persatuan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif didalam persatuan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.

4.         Nama-nama untuk jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli didalam Mesyuarat Agung Tahunan.   Semua pegawai boleh dilantik semula selepas 3  tahun.

5.         Fungsi jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian persatuan dan membuat keputusn atas perkara-perkara mengenai perjalanan persatuan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Jawatankuasa seharusnya tidak boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan  mesyuarat agung.  Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan mengenai kegiatan dalam tahun lalu dalam tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.

6.         Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam masa 3 bulan.  Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu.  Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang dari 4 orang ahli jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat jawatankuasa pada bila-bila masa sahaja.   Sekurang-kurangnya (1/2) daripada bilangan ahli-ahli jawatankuasa hendaklah hadir mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum.

7.         Jika timbul perkara yang mustahak berkehendakan kelulusan jawatankuasa dan mesyuarat jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka setiausaha bolehlah mendapat kelulusan dari ahli-ahli jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling.  Syarat-syarat mengenainya seperti yang berikut:

a.            Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang dalam surat pekeliling yang diedarkan pada tiap-tiap ahli jawatankausa.

b.            Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu dan

c.            Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.  Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh setiausaha kepada mesyuarat jawatankuasa untuk disahkan dan dicatatkan dalam peringatan mesyuarat.

8.         Ahli jawatankuasa yang tidak menghadiri mesyuarat jawatankuasa 3 kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai meletakkan jawatan didalam jawatankuasa.

9.         Jika seorang ahli jawatankuasa meninggal dunia atau meletak jawatan, calon kedua yang mendapat undian terbanyak pada pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhi kekosongan itu.  Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah ahli jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga mesyuarat agung tahunan diadakan.

10.       Ahli jawatankuasa boleh memberi arahan kepada setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan persatuan dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak.   Ia boleh menggantung atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai didalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar jawatankuasa menjalankan keputusan atau sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan persatuan.

11.       Ahli jawatankuasa boleh menubuhkan jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberi kewajipan khas kepada sebarang ahli jawatankuasa.




FASAL 10     :           KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI



1.            Pengerusi dalam tempoh menyandang jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi.

2.            Semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat.  Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani semua cek persatuan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.

3.            Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatan pengerusi semasa ketiadaannya.

4.            Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran persatuan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan jawatankuasa.  Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan.   Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, No. Kad Pengenalan, pekerjaan nama dan alamat majikan serta alamat rumah tiap-tiap ahli.  Ia hendaklah menandatangani semua cek persatuan bersama-sama dengan Pengerusi dan Bendahari serta Setiausaha dalam masa 60 hari dari tarikh mesyuarat agung tahunan diadakan dan mengirimkan penyata tahunan persatuan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki dibawah Seksyen 14(1) akta penubuhan 1966.

5.            Penolong Setiausaha hendaklah menolong dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.

6.            Bendahari bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan.  Ia hendaklah menandatangani semua cek persatuan bersama-sama dengan Pengerusi dan Setiausaha.

7.            Ahli Jawatankuasa biasa hendaklah membantu jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.




FASAL 11     :           KEWANGAN


1.            Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam undang-undang ini wang pertubuhan boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan persatuan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira.  Walau bagaimanapun wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

2.            Bendahari yang dibenarkan menyimpan wang runcit tidak melebihi RM100.00 kira-kira persatuan hendaklah ditandatangani bersama.

3.            Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun bank atau wang kira hendaklah di tandatangani oleh Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari. Semasa ketiadaan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari, maka jawatankuasa bolehlah melantik sesiapa diantara mereka sebagai pengganti Bendahari untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang persatuan.

4.            Perbelanjaan yang melebihi RM10,000.00 (Ringgit Malaysia : Sepuluh Seribu sahaja)  bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak kelulusan terlebih dahulu oleh jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih daripada RM5000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih daripada RM500.00 (Ringgit Malaysia : Lima  Sahaja) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi , Setiausaha dan Bendahari.

5.            Penyata dari hal wang terima dan dibelanjakan secara kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik dibawah Fasal 12 undang-undang dengan seberapa cepat setelah tamatnya Tahun Kewangan Penyata Kira-Kira yang telah diauditkan itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan dibekalkan untuk maklumat ahli ditempat urusan persatuan.

6.            Tahun Kewangan Persatuan ini bermula dari 1hb. Januari dan berakhir pada 31hb. Disember tiap-tiap tahun.






FASAL 12     :           PEMERIKSA KIRA-KIRA


1.            Dua orang yang bukannya pegawai persatuan boleh dilantik didalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-Kira.  Mereka akan memegang jawatan selama 3  tahun dan boleh dilantik semula.

2.            Pemeriksa Kira-Kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira persatuan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan.  Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada jawatankuasa.


FASAL 13     :           PENGAMANAH


1.            3 orang Pengamanah yang berumur lebih dari 21 tahun ke atas hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki persatuan.  Semua harta tetap kepunyaan persatuan akan diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust).

2.            Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik, memindah harta kepunyaan persatuan dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agung persatuan.

3.            Seseorang pengamanah boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh mesyuarat agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada dalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan.  Jika berlaku kematian perletakan jawatan atau pelucutan  pengamanah maka kekosongan bolehlah dipenuhkan oleh pengamanah yang baru dilantik dalam mesyuarat agung.
FASAL 14     :           TAFSIRAN UNDANG-UNDANG



1.            Diantara berlangsungnya Mesyuarat Agung, jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang dan jawatankuasa, jika mustahak boleh memutuskan perkara-perkara yang terkandung dalam undang-undang ini.
2.            Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan jawatankuasa terhadap ahli-ahlinya adalah muktamat jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.



FASAL 15     :           MENASIHAT/PENAUNG

1.            Jawatankuasa boleh,  jika difikirkan perlu melatik  orang-orang yang layak menjadi penasihat/penaung bagi persatuan dengan syarat orang yang dilantik menyatakan persetujuan secara bertulis.



FASAL 16     :           LARANGAN


1.            Permainan yang disebutkan dibawah ini tidak boleh dimainkan di rumah persatuan:  Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kua, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu banker’s game dan semua permainan bergantung semata-mata kerana nasib.

2.            Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus menghalang atau dengan apa cara juga menggangu perniagaan atau harga barang-barang ataupun mengambil peranan didalam kesatuan sekerja seperti definisi didalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959.

3.            Persatuan tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama persatuan atau pegawai-pegawai atau jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa.

4.            FAEDAH’ seperti yang diterangkan dibawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh persatuan kepada mana-mana ahlinya.


FASAL 17     :           PINDAAN UNDANG-UNDANG


1.            Undang-undang tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung.  Permohonan untuk perumahan serta pindaan undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 60 hari dari tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan perubahan atau pindaan dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai dari tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.


FASAL 18     :           PEMBUBARAN


1.            Persatuan boleh dibubar secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam satu mesyuarat agung dipanggil khas kerananya.

2.            Sekiranya persatuan hendak dibubarkan secara yang disebut di atas, maka segala hutang dan tanggungan persatuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.

3.            Pernyataan bersabit dengan pembubaran hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.





                        ................................                                                    .............................
                        Pengerusi Penaja                                                Setiausaha Penaja

                        Tarikh  :....................                                    Tarikh:.......................