Dalam pengertian yang umum, dadah dapat
didefinisikan sebagai bahan kimia yang boleh membuatkan seseorang yang
mengambilnya menjadi ketagih dan membawa pelbagai san sampingan yang negatif
apabila menggunakannya secara berlebihan dan tanpa peraturan. Namun begitu,
dadah juga mempunyai kesan positif, terutamanya dalam ubat-ubatan untuk
menyembuhkan penyakit. Gejala penyalahgunaan dadah ini bukanlah perkara baru di
negara kita. Walaupun pelbagai cara pengawalan penyalahgunaan dadah telah
diperkenalkan, gejala ini masih berlanjutan.
Wujud pelbagai faktor yang menyebabkan gejala
penyalahgunaan dadah, antaranya pengaruh rakan. Rakan memainkan peranan penting
dalam membentuk sifat dan keperibadian seseorang sama ada ke arah baik atau
sebaliknya. Berdasarkan hal ini, jika kita berkawan dengan penagih dadah,
lambat-laun rakan itu akan mempengaruhi kita untuk nengikut jejaknya. Hal ini
mudah berlaku kepada orang yang menghadapi banyak masalah dan di kalangan orang
yang masih muda.
Kebanyakan orang mempunyai sikap ingin mencuba
dalam diri masing-masing. Mereka kurang mempunyai pegangan agama yang longgar,
mudah tunduk kepada sikap ingin mencuba yang wujud di dalam dirinya. Apabila
orang yang rapat dengannya terlibat dengan penagihan dadah, sikap ingin mencuba
itu lebih mudah direalisasikan. Apabila dirasai sekali, unsur ketagihan akan
mendorong individu itu terus melibatkan diri dengan penyalahgunaan dadah.
Kebelakangan ini dadah mudah diperoleh.
Kebanyakan bekalan dadah yang beredar dalam negara kita dibawa masuk secara
haram dari negara jiran seperti Negara Thai. Dadah biasanya dijual di kelab
malam dan di lorong gelap. Harga dadah pun bukanlah mahal sangat. Kebanyakannya
mampu dibeli oleh penagih yang rata-rata berpendapatan rendah.
Penyalahgunaan dadah menimbulkan pelbagai kesan
negatif kepada individu, masyarakat dan negara. Gejala penyalahgunaan dadah
menyebabkan golongan yang terlibat dilihat sebagai sampah masyarakat. Penagih
dadah menjadi orang yang tidak bermaya, lesu dan kekurangan tenaga untuk
menjalani kehidupan. Oleh itu, mereka mula mengabaikan tugas dan tanggungjawab
sama ada sebagai pekerja, suami atau isteri.
Penyalahgunaan dadah juga akan mewujudkan
pelbagai jenis penyakit sehingga boleh membawa maut. Sekiranya para penagih
menggunakan jarum suntikan secara bergilir-gilir dan salah seorang daripada
mereka mempunyai virus HIV positif, penagih lain juga akan turut dij angkiti
virus pembunuh itu. Situasi ini merupakan suatu keadaan yang amat serius.
Para penagih dadah juga akan menghadapi kehidupan
yang tidak terurus. Mereka tinggal di tempat yang kotor dan kurang selesa
seperti di lorong gelap dan siar kaki bangunan. Selain itu, keadaan diri
penagih juga kurus, busuk, berpenyakit dan sebagainya. Mereka sanggup melakukan
sebarang jenis jenayah sama ada ringan atau berat bagi mendapatkan duit untuk
membeli bekalan dadah. Ini bukan sahaja mengancam keselamatan nyawa dan harta
benda warga lain, malahan menakutkan para pelancong asing. Ini sekali gus
menjejaskan pendapatan negara dan imej negara di kaca mata asing.
Kesimpulannya, gejala penyalahgunaan dadah
berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor dan membawa beberapa kesan yang
negatif. Kewujudan golongan penagih dadah yang menjadi sampah masyarakat
merupakan suatu beban kepada anggota masyarakat dan negara. Gejala
penyalahgunaan dadah ini, jika tidak ditangani segera, dapat menggugat negara
dart segi sosial, ekonomi dan politik. Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama
mengawal dan mencegah gejala ini agar tidak berlanjutan.

No comments:
Post a Comment