Tuesday, 26 April 2011

11 Tanda Kebahagiaan dan 11 Tanda Kecelakaan

Setiap makhluk yang hidup pasti mempunyai tujuan dan tugas serta peranan masing-masing dalam menghabiskan jangka haya mereka yang telah ditetapkan oleh Al-Khaliq, Bilakah tarikh sebenar berakhirnya tugasan tersebut hanya Al-Khaliq jugalah yang mengetahui, dan kerana kasihnya Allah S.W.T kepada manusia, di berikan kepada mereka petunjuk dan hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Sekadar berkongsi sedikit ilmu yang boleh memberikan manafaat bersama kepada semua, termasuklah kepada diri sendiri dan ahli keluarga serta saudara-mara dan rakan taulan. Petikan daripada Cerita Serta Doa Dari Hadith & Al-Quran, himpunan oleh Wan Jamal Haji Wan Mat Saman dan susunan oleh Farah Natasha Jasmin. Sebelas tanda-tanda Kebahagian mereka di kalangan orang yang telah dikurniakan kebahagiaan oleh Allah S.W.T dapat dilihat melalui sifat dan sikap mereka iaitu: 1. Tidak kasih kepada dunia (zuhud) dan cinta kepada akhirat; 2. Sentiasa ingin beribadat dan membaca Al-Quran; 3. Sedikit berbicara mengenai hal yang tidak perlu; 4. Sentiasa memelihara solat lima waktu; 5. Sentiasa berwaspada terhadap barang haram dan syubahat, sedikit atau banyak; 6. Bersahabat dengan orang yang baik-baik; 7. Bersikap tawaduk, tidak sombong; 8. Dermawan lagi pemurah; 9. Bersifat belas kasihan terhadap makhluk yang dicintai Allah s.w.t; 10. Menjadi orang yang bermanfaat bagi makhluk; dan 11. Banyak mengingati mati. Manakala sebelas tanda-tanda kecelakaan juga boleh di kesan terhadap mana-mana Muslim yang ada pada mereka sifat dan sikap sebeperti berikut: 1. Rakus dalam mengumpul harta; 2. Keinginan hanya untuk memuaskan syahwat dan mencari keenakan dunia; 3. Ucapannya kotor dan suka memburukkan orang; 4. Meremehkan solat lima waktu; 5. Bergaul dengan orang-orang yang berbuat dosa; 6. Buruk budi pekerti; 7. Berlaku bongkak dan sombong; 8. Tidak memberi manfaat kepada manusia; 9. Amat sedikit belas kasihan terhadap orang-orang yang beriman; 10. Kikir; dan 11. Tidak ingat mati. Sumber dipetik dari: Tambiihul Ghaafilin

No comments:

Post a Comment